Monday 25 November 2013

CERPEN - #1 Love You Mr Annoying !!

Ni first cerpen rekaan Vampy , Agak berterabur sikit cerita ni . Hope uolls faham lah apa yang Vampy cuba merapu nii . Tajuk dia mcam tiru novel Popular - Love You Mr. arrogant tu jee . Hee :D

------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Leya ! "

 Pelajar aliran Sains Komputer yang mana juga model tudung sambilan yang comel  , Sharifah Aleya terkejut tatkala seorang lelaki yang sangat menjengkalkan memanggilnya dari belakang . Leya dengan pantas mengalih pandangan ke arah lelaki tersebut . Susuk tubuh dari jauh dia dapat mengecam siapa itu . Hairizal Shafiee ?

"What ? Hairi ? Apa kau nak dari aku hah ? " Leya dengan nada yang sangat menyampah bertanya

"Takdelah , saya nak ajak awak lunch . Jomlah temankan saya . Kita bukan ada kelas pun petang ni . Sempat lagi lah kita nak pergi solat , rest . Jomlahh , pleasee ! " rayu hairi dengan muka seposen yang sangat comel . Leya yang bencinya turut tercuit hatinya melihat gelagat Hairi yang menjengkelkan itu .

"Okey . okey . Tapi kau belanja . deal ?" Leya meletakkan syarat .

"Okey sayang ."

"What ? Repeat it !"

"Nothing."

Sebenarnya Hairi menaruh hatinya pada Leya sejak dulu lagi memandangkan Leya memang seorang perempuan yang cukup pakej sebagai seorang isteri . Malangnya , Leya seorang yang sangat garang .

------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Whaaaaaaaaaaaaaaattt ?" Leya terkejut beruk apabila ibunya memaklumkan yang keluarga Hairi datang meminang Leya ketika dia berada di kampus .

"So , do you agree the proposal?''

"Hmm , mama agree ja lah . Dah Hairi tu cerita yang korang dah memang couple kan ? Kau kenapa tak bagitau awal-awal keluarga diorang nak datang harini .? Tadi mama tak sempat hidang apa-apa . Sempat bagi minum air teh saja "

Kurang ajar punya Hairi . Bila masa aku couple ngan kau ? Kalau Hairi ada kat sini , mahunya dilanyak si Hairi tu jadi cok kodok . Sesungguhnya Leya tu tak pernah pun cintakan si Hairi tu . "Diorang tetapkan tarikh perkahwinan tu bila mama ?"

"Hujung bulan ni .. Kau kenapa macam tak suka ja..."

"Ehh , taklahh mama . Terkejut ja.."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"HAIRI !!"

"Ye Future Wife !"

"Kau dah kenapa hantar rombongan meminang bagai ? Sejak bila kita couple ?"

"Aku suka kau la wei. KIta baru cuple semalam . Hehe.."

"Kau kenapa ? Deseprate sangat ke ?"

"Haah , aku dipaksa family aku kahwin sebelum tamat belajar sebab abang dan kakak aku kahwin ketika belajar . So , diorang nak buat warisan turun temurun . Diorang ugut aku kalau tak kahwin sebelum tamat belajar , diorang suruh aku berdikari . Tanpa meninggalkan sebarang harta benda apa pun untuk aku . Dan aku tak boleh tinggal kat rumah mama aku lagi ."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hati Leya sangat berdebar . Memang tiada apa yang difikirkan di mindanya . Dia memang kena tempuhi harini alaupun statusnya akan berubah sebagai isteri dalam keadaan terpaksa .

"Aku nikahkan dikau , Hairizal Shafiee bin Othman dengan Sharifah Aleya binti Burhan denga mas kahwin 80 ringgit tunai ...... "

Hairi gementar menjawab " Aku terima nikahnya Sharifah Aleya binti Burhan dengan mas kahwin 80 ringgit tunai "

"Sah?"

"Sah . Sah . Sah ."

"Alhamdulillah.." Dengan itu , air mata Leya terurai juga dari takungan di kelopak matanya . Bukan kerana kegembiraan tetapi kerana asyik memikirkan kehidupan selepas ini .."

Hairi pun melakukan upacara membatalkan air sembahyang . Lalu Hairi membisik di telinga Leya " Takpa , cinta selepas kahwin itu lebih indah"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Malam Pertama*

"Leyaaaaaaaaaaaa !" Hairi beraksi ingin memeluk Leya tapi Leya menepisnya dan mengambil bantal lalu baring di sofa .

"Sayang , saya tahu awak tak selesa . Baru malam pertama , nanti lagi brapa tahun lagi awak dengan saya .. Moga kita berkekalan hingga akhir hayat kan sayang ?" Ucapan Hairi tidak berbalas malah setelah Hairi mengangkat kepala , Leya sudahpun tertidur .

"Hmm , takpa lah kalau awak taknak dengar . Saya redha .."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

*6 Bulan kemudian*

"Leya , kena awak susah sangat nak terima saya walaupun dah 6bulan berlalu?''

"Hairi, kenapa kau masih gagah dengan aku . Ramai lagi wanita yang menyanyangi kau kat luar tu la . Kenapa kau tak ceraikan aku selepas sebulan dulu yang mana selepas kau dah habis belajar kan ?"

"Susah sangat kah awak nak terima saya selepas semua pengorbanan saya lepas kahwin ni . Makan pakai awak semua saya tanggung . Selama 6 bulan perkahwinan kita , tak pernah awak masak untuk saya . Saya ikhlas mencintai awak , tahu ? Sampai sekarang saya bersabar ja tahu tak ? Saya masih tak mahu putus asa.."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Leya , sekejap lagi saya akan ke Korea atas urusan kerja tau.. Bila saya takda kat Malaysia ni , awak jaga diri baik-baik tau . Saya pergi tak lama , 2 minggu ja . Byee ! " Leya membaca pesanan ringkas yang ditampal di peti sejuk . Sebenarnya Leya memang sudah tahu tentang ketiadaan Hairi untuk 2 minggu ni .

Sejak hari di mana Hairi meluahkan perasaan pada Leya , Leya sudahpun mula menerima kehadiran Hairi dalam hidupnya , cuma Leya masih segan untuk berterus-terang .

Leya hairan , setelah sehari , tiada perkhabaran apa-apa dari Hairi. Leya menelefon ibu Hairi kerana bimbang . Ketika menelefon ibu Hairi , kedengaran esakan tangisan ibu mertuanya di talian .

"Kenapa ni mama ?"

"Hairi .. Hairi , dah takde .. Tengok berita TV3 sekarang "

"Apa ? Ok , Leya buka TV .."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Whatt ? Kapal Terbang ke Korea terhempas ? No way ! " Leya masih terkejut dengan berita itu . Untuk mendapatkan kepastian , Leya menelefon ibu mertuanya .

"Mama . Betul ke Abg Hairi terlibat sama ? Ok , Leya pergi rumah ibu yaa .."

Belum sempat ibu mertuanya menjawab persoalan itu , Leya sudah pun meletakkan telefon .

*Di rumah ibu mertua*

"Mama , betul ke berita tadi tu ? Mama , why you didn't answer me Ma . Please answer me Ma  !" Wajah Leya kelihatan pucat sambil air matanya belinangan ..


"Mama , Leya berdosa sangat kat Hairi .. Leya mula cinta dia . Leya tak buat apa yang sepatutnya isteri buat Maa .. Leya nak mintak maaf kat Ang Hairi maa .." Teresak-esak Leya menangis ...

Tiba-tiba ,

"Takpa , Abg maafkan Ayang lama dahh..." Hairi muncul dari dapur ..

"HAIRI ?!"

"Yes , this is me .. Actually , Abg tak jadi pergi Korea tu pun . Saja action nak test Ayang . Kebetulan flight pergi Korea terhempas semalam . Boleh tipu lagi laa . Abang nak tengok Ayang sayangkan Abang ke tidak . Ternyata doa abang selama ini termakbul.."

"Hiyarkhhhh ! Ehh , Abg ni buat Leya risau ja . Ok , Abg dah mula terima Abg sebagai suami Leya . Leya sayang Abg . ABg , jom balikk rumah . Malu la Mama tengok kita dua macamni . Hihihihi "

"Okei , kejap lagi lepas lunch dengan mama kita balik .. Btw , pandai tak mama I berlakon ? Hahahaha "

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang Hairizal Shafiee , tolong jangan tinggalkan Leya ...."

"Okey sayang"

1 comment:

Mawu komen apa ? Yang murni aja yaa ?